Monday, October 30, 2017

Stand Strong.



"Don't give up, stand strong because Allah has exactly where you belong." 
- Dr Bilal Philips 



"Kau ni lembab..... tapi kau ada usaha."

Mudahnya kau melemparkan kata.
Mungkin bukan aku antara fast learner,
Tapi untuk buat yang terbaik tiap kali test atau quiz itu aku.

Walaupun result aku tidak la sehebat kau tapi aku yakin Allah pandang usaha bukan natijah :') 

*****

"Kau tahu tak mak aku tak suka korang time korang datang rumah aku dulu?"

Bukan niat untuk tidak menolong. 

Andai sampai di rumah seawal jam 4 pagi, tidak bolehkah mengerti untuk bangun 6 pagi itu amat payah? 

Apa guna menjemput andai terselit perasan benci?
Apa guna berbuat baik andai suka menilai?
Apa guna berbohong andai boleh jujur?

*****

Kadang aku cakap tapi kau tak layan, 
Kau kata kau dengar,
Hakikatnya aku bercakap seorang.

Ada masa emosi kau terganggu, 
Aku diam membiarkan, 
Tapi kau lepaskan ke aku,
Ibaratnya aku punca kau begitu.

*****

"Ya Allah andai setiap insan yang hadir dalam hidupku ada hikmah tersendiri maka permudahkanlah urusanku. Anugerahkan lah kepandaian buatku. Berikanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin."


May Allah ease everything. 
Isnin, 9.43 p.m.
30102017


Saturday, September 2, 2017

Walid.

Pernah satu malam ketika buat lab report di bilik rakan satu lab, tiba tiba kawan sebiliknya (opi) pesan,

"Korang tak payah ada boyfriend, sayanglah ayah sendiri. Dia yang terbaik buat kita."

Tapi mungkin dia tak tahu yang kita mempunyai ayah yang berbeza, 
Tidak punya kuasa untuk memilih seorang ayah, 
Tidak dikurniakan ayah yang memiliki sifat yang sama, 
Tidak ditakdirkan untuk rapat selamanya. 

Ayah tetap ayah.
Sejauh mana pun hubungan ayah dan anak tetap ada sayang dihati keduanya. 

Masih segar diingatan,
Kau mengimamkan kami ketika solat jemaah,
Hanya ditemani LED light, 
Berharap agar diri lebih khusyuk menghadap Pencipta. 

Ayah.
Walaupun sifatmu itu tegas dan garang,
Setiap salah anak kau perbetulkan,
Segala keperluan anak kau cuba sempurnakan. 

Ayah. 
Anak anakmu kini meningkat dewasa, 
Solat jemaah yang selalu kita lakukan bersama, 
Jarang sekali kita praktikkan lagi. 

Ayah.
Sungguh aku rindu waktu itu, 
Waktu kita menyayangi antara satu sama lain,
Waktu kita tidak tahu menilai apa apa, 
Waktu kita tidak punya kuasa untuk memilih antara benci dan kasih.  

"Ya Allah, 
kau panjangkanlah jodoh umi dan walidku,
Kau jadikan lah kami saling menyayangi antara satu sama lain di dunia dan akhirat, 
Kau himpunkanlah kami semua di syurgamu, 
Kau hadiahkanlah hidayahmu di hati hati kami, 
Kau tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang kau redhai, jalan yang kau beri nikmat. 
Amin." 

Walid, 
Sungguh aku sayang padamu. 

Sabtu, 02092017.
9.35 p.m.



Wednesday, August 23, 2017

Sayang anak tangan-tangankan.

"Sayang budak tangan-tangankan."

Salah tu.

"Sayang anak tangan-tangankan."

Anak sendiri bolehla, nanti malam anak itu juga yang akan direnung, dibelai, diberi kasih dan minta maaf masa anak tidur.

Anak orang?

Tak perlu tangan cukup sayang.

Rabu, 23082017.
10.07 p.m.


Tuesday, August 22, 2017

Harapan.

Mudahkan kita beri harapan pada orang kemudian kita hancurkan?

Dulu,
Kau kata mahu beri aku pinjam sementara aku masih belajar,
Jadi aku tidak asingkan perbelanjaan untuk beli yang baru.

Sekarang,
Semester baru dah nak mula,
Kau teragak agak mahu beri.

Mula mula kau kata mahu pinjamkan pada orang lain,
Tadi kau kata aku buka sem nanti tengok dulu macam mana.

Sedangkan masa cuti ini,
Aku tidak berpeluang untuk guna,
Bagaimana kau mahu lepaskannya kepada aku?

Persoalannya lagi,
Bila aku akan pulang semata mata untuk hal itu?

Pelajar. Laptop.

Ibarat keperluan dalam hidup.

Satu sem tanpa laptop amat payah untuk aku membuat tugasan kerana pensyarah lebih gemar memberi kuiz dan tugasan online.

Pernah dulu aku hanya jawab melalui telefon,
Kerana library buka sehingga 6 petang sedangkan kuiz pada 8 malam,
Itupun terpaksa duduk di kaki lima ground floor untuk cari line,
Senior yang lalu hanya memandang sinis,
Fikir mereka aku hanya menunjuk.

Hari lain aku pinjam kawan,
Itupun ada yang muak.
Kadang esaimen berkumpulan,
Aku orang terakhir tulis bahagian aku,
Aku orang terakhir tidur lewat malam,
Sebab tunggu giliran yang lama,
Sedangkan esoknya kelas 8 pagi.

Tadi juga kau buka pasal iron,
Aku fikir sudah settle,
Mula mula kau beri aku bawa,
Tapi tadi kau kata itu hak orang lain,
Minta dulu keizinan pada dia,
Baru kau akan beri.

Sudah la,
Tiada apa lagi yang aku harapkan.

"Kalau padi kata padi,
Tidak aku tertampi tampi,
Kalau benci kata benci,
Tidak aku nanti terus menanti."

Pada siapa aku mengadu,
Aku sendiri tidak pasti.

Cukuplah dengan menulis untuk meringankan resah di hati.

Sungguh,
Pengharapan itu hanya pada Dia.

P/s : Moga esok hujan duit jadi aku punya wang untuk beli semua!

Selasa, 22072017.
11.11 p.m.




Friday, August 18, 2017

Random.

Kanak kanak itu suci,
Tanpa dosa dan noda jika hendak dibandingkan dengan kita,
Sayangilah mereka,
Kerana mereka mungkin asbab untuk kita ke syurga.

***

Manusia datang dan pergi,
Waktu takkan pernah berhenti,
Hargai lah keliling,
Kerana kita sendiri tidak tahu apa yang kita sedang lalui.

***

Pesan pada diri

Letakkan akhirat di hati.

May Allah ease everything.

Jumaat, 18082017.
11.53 p.m.


Friday, August 11, 2017

Allahumma Aslih Qalbi.




Orang mungkin lihat aku senang, 
Tapi mereka tidak tahu tentang simpanan ku, 
Orang mungkin boleh label aku kedekut,
Tapi mereka tidak tahu takutnya aku untuk hadapi sem depan. 

Mereka bekerja, 
Sedang aku hanyalah pelajar, 
Mereka terima gaji,
Sedang aku mengharapkan pinjaman yang semakin hari semakin berkurang.  

Nothing stay. Sometimes, it will increase and sometimes it will decrease.

Sudah banyak aku beri, 
Takut nanti memakan diri,
Akhirnya nanti kau persalahkan diri, 
Kerana tidak tahu mengurus kewangan sendiri. 

Maaf.
Aku punya kekurangan diri. 

Moga Allah cukupkan rezeki kita, 
Moga Allah permudahkan urusan kita,
Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat kita. 

Moga Allah perbaiki hatiku. 

Dan juga. Kamu. 

Jumaat, 11082017.
9.06 p.m.


Monday, August 7, 2017

Be a good girl that you have to be.




Persepsi orang terhadap kita mungkin berbeza,
Ada yang baik, ada yang buruk,
Terpulang pada individu untuk menilai,
Tak semua dalam dunia yang sukakan kita tapi tidak pula semua yang membenci kita,
But... "If you are average then you are good 💕."

Kadang ada orang yang jujur luahkan persepsi mereka, 
Boleh jadi antara mereka berdua, 
Boleh jadi di depan orang ramai. 
Boleh jadi orang suka, 
Boleh jadi orang perli.

Tidak aku minta untuk orang katakan aku seorang yang baik akhlaknya,
Tidak pula aku di ajar untuk berbuat jahat pada manusia,
Persepsi yang baik tidak aku anggap pujian tapi semangat untuk aku jadi yang terbaik,
Terbaik untuk Allah dan diri sendiri. 

N. A. 

Cuma tadi aku sedikit terkejut,
Tika kita berbual tentang jenis orang yang rapat dengan keluarga dan orang yang rapat dengan kawan, 
Bukan perbuatan mereka yang aku mahu bincangkan tapi cara komunikasi mereka yang aku hiraukan, 
Boleh jadi seseorang itu lebih banyak komunikasi dengan kawan berbanding keluarga dan boleh jadi sebaliknya. 

Tiba-tiba kau kata pada aku, 
Seperti itulah aku, 
Depan orang perlakuan aku baik, 
Tapi belakang tidak begitu.
Kau tidak suka bila orang berkata begitu kerana mereka tidak tahu hakikat, 
Kau mula mempersoalkan tanggapan orang pada aku,
Kau memandang sinis kerana bagi kau, kau lebih mengenali aku. 

Pedih. Sedih. 
Memang begitukah tanggapan pada aku dari dulu? 
Seperti munafikkah aku? 
Seburuk itukah aku? 
Tidak bolehkah kau bagitahu aku ketika kita duduk berdua? 
Tidak pernah sekali aku pertikaikan tanggapan orang tentang kau kerana aku tahu kita punya kekurangan bukan kesempurnaan.  

***

"Am I that useless?" 
Tanya aku pada mereka, 
Hujung minggu yang lari dari rutin biasa, 
Kadang menjanggalkan bagi aku. 

M. 

Tadi kau tegur aku, 

"If you want to be useful person then do work in this house not to focus your own work." 

"But I need to focus my own work since I get salary. It's amanah. "

"See. You do work because of salary. You have to do others work since we live under the same roof."

Kau kata aku kena buat kerja orang lain, 
Tapi bila aku minta tolong,
Kau suruh aku berdikari dan tidak mengharapkan orang lain,
Tadi gaji aku pula kau persoalkan, 
Bukankah kau yang harap aku begitu tapi kenapa mahu pertikai? 

Setiap hari ada satu rutin aku lakukan, 
Tanpa harap balasan,
Cuma mahu meringankan beban mereka yang sudah penat seharian bekerja. 

Tadi aku mengadu yang aku mengantuk,
Berharap kau mahu bantu,
Untuk sekali cuma walaupun aku pernah berharap tika aku demam dulu tapi tidak berhasil, 
Kau balas, 
"Buatlah kerja tu. Dekat situ je kau dapat pahala."

Kenapa harus persoal sedang itu kerja Allah?
Kenapa mahu melemparkan kata sinis sedang aku mahu kata semangat? 
Kenapa kau tidak mahu membantu sedang kita duduk di bawah bumbung yang sama? 

Tahu aku kurang pahala, 
Tapi aku bukan multitasker, 
Kadang aku lelah sendiri,
Aku simpan sendiri, 
Kerana aku tahu kalau aku luah dikatakan mengeluh. 

Cukuplah aku mengadu pada Allah, Yang Maha Mendengar, Maha Penyayang. 

Kerana mereka juga aku sayang. 


Ahad. 06082017.
1.34 a.m.


Thursday, August 3, 2017

19.

19.
Alhamdulillah.
Terima kasih untuk hadiah terbaik dalam hidup yang masih di sisi ; ummi.
Moga doa yang baik baik berbalik pada pendoanya 😇

19.
Sultan Muhammad Al Fateh telah menjadi seorang pemimpin yang hebat,
Sedangkan aku masih belum mampu beri manfaat pada manusia.

Harapan cuma satu,
Moga nanti pengakhiran ku dalam khusnul khotimah,
Moga nanti di akhir ucapan mu tertulis "Allahummaghfirlaha warhamha wa'afini wa'fu'anha",
Moga Allah memberi keampunan bagiku dan bagimu.
Moga Allah permudahkan semuanya.
Amin.
.

Khamis, 03082017.
11.52 p.m.

Tuesday, July 25, 2017

I'm okay. Pretty okay :')


I don't know it is bad for asking your help.

I wonder why you always refused when I asked your help.

I'm curious why you can help others without they asking your help first.

Am I that bad?

You said that I have to do my own,

But...what about others?

It's okay and I'm okay.

Sorry, I don't want to burden anyone.  Anymore.

P/s : I think I'm a little bit emo because had a fever. Haha

Tuesday, 24072017.
11.25 pm.


Thursday, July 20, 2017

Kebaikan.

Kenapa perlu ambil kesempatan atas kebaikan orang lain?

"If you do good, good will be done to you."

Kenapa masih ada orang baik yang ditindas?

Bukan mempersoalkan ketentuan,

Cuma pelik...

Bila kebaikan yang dilakukan itu tidak dipandang sebagai pertolongan,

Tapi

Untuk meringankan kerja sendiri dan memberi beban pada orang lain,

Atau

Disinikah tahap iman dan taqwa seseorang diuji?

P/s : Bukan aku yang alami tapi untuk dia yang baik hati.

Khamis, 20072017.
4.02 p.m.




Tuesday, July 18, 2017

Adil.

Adil.

Perkataan yang mudah tapi sukar dilakukan. 

Biarlah selesai di sana. 

Final decision, 
Hope the best one. 

#imdone 

P/s : Lebih sayang nyawa dari berkorban untuk orang yang tidak hargai kita. 

Isnin, 17072017. 
12.00 a.m. 

Wednesday, June 21, 2017

Ramadhan terakhir ❤️



Ahad. 18 Jun 2017. 7 a.m.

MR, PWTC. 

Apps instagram aku buka. Boomerang bersama M and Z semalam aku tengok berkali kali sebelum muat naik. Alhamdulillah setelah rancang untuk kerja bersama, semalam kami ditakdirkan untuk bekerja sama shift. 

Pandangan aku halakan ke depan seketika. Sudah sampai simpang hotel, jari laju menaip caption. Ayat terakhir, "babai sis rehat dulu." Saja mahu khabarkan kepada M dan Z shift aku sudah habis dan mahu berehat seketika sebelum sambung kerja pada malamnya. 

Button post aku tekan. 

Bummm! 

Satu hentakan kuat buat aku terdorong ke depan. Sakit yang mencengkam di bahagian dada aku tahan.  

Asap kelabu keluar dari bonet kereta. 

"J!!! KELUAR!!!!" 

J berlari keluar dari kereta setelah berjaya menyelamatkan diri dari tersepit antara seat dan stereng. Seatbelt sudah aku buka tapi pintu di sebelahku terkunci. Kasut di kaki aku buka dan berlari keluar menggunakan pintu di bahagian J. 

Sebuah motor berkuasa tinggi yang dinaiki sepasang suami isteri berhenti untuk memberi bantuan. Aku dan J berlari ke arah si isteri dan kami berpelukan. Ketika itu yang terluah dari mulutku hanya kalimah "Allah, Allah, Allah." 

"Enjin kereta dah matikan belum?" kata si suami. 

"Belum." jawab J. 

Enjin kereta dimatikan. Barang berharga dibawa keluar. Kereta dialihkan ke tepi. Terima kasih suami, isteri dan yang menghulurkan bantuan. Moga mendapat ganjaran. 

Setelah semuanya reda, tinggal aku dan J berdua. Sakit di dadaku makin sakit. Ketika itu yang terlintas difikiranku hanya satu, 

"Sudah tibakah masanya? Untuk aku kembali menghadap Allah?" 

"Apakah maksud rehat tadi rehat selama-lamanya bukan rehat sebentar?" 

"Bagaimana dengan solatku? Soalan pertama yang akan disoal tapi belum disempurnakan olehku. Apa yang perlu aku jawab?" 


"Mampukah keluarga aku menerima sekujur tubuh yang kaku?" 


Ummi is calling. 

Telefon di tangan aku angkat. 

"Awak macam mana? Okay ke? Dekat mana? Sakit ke?" 

"Ok..ay..um..mi..ja..n..gan..ca..kap..ba....nyak...sa..k..i...t."

Air mata yang aku biar mengalir. Tangan aku letak di dada bagi kurang sakit. 

"Okay. Jangan lupa sambil pegang sambil selawat." 

Telefon aku letak. Mulut tak berhenti syahadah. Family sudah aku bagitau, mereka dalam perjalanan. 

K datang dan kami ke klinik berdekatan. Doktor periksa aku. Bahagian dada, bahagian belakang diperiksa menggunakan stethoscope. Nadi di tangan aku di pegang sebentar, mata doktor ke arah K yang duduk bertentangan. Diam seketika. 

"Saya tak berani nak buat apa apa. Tolong pergi hospital sekarang." 

Aku dah mula risau. 

Lima minit kemudian, family datang dan kami ke hospital. 

Ujian jantung. 
X-ray. 
Injection ubat tahan sakit yang padu. 
Pemeriksaan doktor. 

Alhamdulillah after injection aku boleh bercakap cuma dada sakit sikit. Keputusan x-ray keluar rabu. Aku dibenarkan pulang, J di tahan untuk pemeriksaan lanjut. Esok petang J telah discharged. 

23 Ramadhan.



Rabu. 21 Jun 2017. 11.30 a.m.

Dari pukul 9.50 pagi aku di sini, 11.30 pagi baru giliran aku dipanggil.

Aku terkejut. 

Ini bukan doktor yang rawat aku haritu tapi aku cuma senyum. 

Jantung aku depan dan belakang diperiksa menggunakan stethoscope.

Keputusan x ray tak ditunjuk. 

"X-ray dada, takde patah kan?" 

"Takde." 

"Dada sakit lagi? Sesak nafas?" 

"Kadang kadang." 

"Ubat tahan sakit nak?" 

"Ha?" 

"Ubat tahan sakit?" 

"Tak nak. Ada lagi." 

"Cuti nak?" (MC) 

"Tak nak." 

"Semua okay ke doktor?" 

"Okay and selamat hari raya." 

Aku tergelak. 2 jam tunggu dan pemeriksaannya hanya ini sahaja. 

Alhamdulillah kerana permudahkan semuanya..

Walaupun sekarang ni ada masa aku rasa susah nak bernafas dan dada aku sakit, aku cuba untuk positifkan diri. 

Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat diri. 

Andai aku pergi, biarlah aku pergi dalam husnul khotimah. Amin 🌸 Maaf zahir batin. 

10.30 p.m
27 Ramadhan.





Monday, May 22, 2017

Fi Amanillah

Bismillahirrahmanirrahim.



Permulaan kita bukanlah indah,
Ada diselit sengketa,
'Sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya',
Kenyataan yang membawa makna,
Kerana semakin hari kita semakin rapat ibarat tidak pernah ada jurang antara kita.

Masih ingat lagi ketika kita jaga butik berdua,
Banyak masa yang diluang bersama,
Kadang bercerita zaman sekolah,
Kadang bercakap perihal customer,
Kadang berbual mengisi masa,
Sangat indah mengenangkan momen momen kita berdua.

Pernah satu ketika,
Kau teragak- agak untuk bertanya soalan kepada aku,
Tapi aku terus mendesak,
Dan soalannya,
"Kalau orang tu warna rambut tapi dia tetap solat, dia dapat pahala ke?"
Aku terdiam dan menjawab,
"Selagi seseorang beragama Islam, dia wajib menunaikan solat. Tentang pahala biarlah Allah yang tentukan."

Secara jujur,
Aku bukanlah seorang yang penuh ilmu di dada,
Lebih lagi berkaitan agama,
Tapi aku akan cuba jawab sedaya yang mampu,
Untuk kebaikan kau dan aku.

Beberapa hari kemudian,
Kau bertanya tentang aurat dan mahram,
Aku jelaskan satu persatu,
Agar mudah kau faham.

Ada hari aku baca al waqiah,
Surah pembuka rezeki,
Kau datang dekat,
Duduk diam di sebelahku,
Selesai baca kau cakap,
"aku suka dengar orang mengaji sebab aku tak reti mengaji."
Walaupun aku tahu suara aku tidaklah sesedap mana tapi cukup untuk aku terharu dan berjanji pada diri untuk membantu kau satu hari nanti :')

Perubahan demi perubahan aku nampak dalam diri kau,
Ada sedikit rasa kagum,
Mungkin ada sebab Allah takdirkan kita bertemu.

Hari terakhir aku di situ telah tiba,
Sempat kita bermaafan dan berpelukan tanda perpisahan,
Moga pertemuan ini bukan terakhir kalinya.

Walaupun kita jauh beribu batu,
Kau tetap hubungi aku,
Kerap bertanya soalan yang sama,
"Macam mana study? Best tak dekat sana? Best tak belajar? Bila nak datang sini?"
Dan jawapan aku mestilah semuanya baik baik saja, ada jodoh kita jumpa.

Ketika study week aku datang berjumpa kau,
Tapi customer yang ramai menyukarkan kita untuk berbual panjang,
Aku terpaksa mengundur diri,
Sempat kau pesan "lain kali datang lagi".

Aku terkejut bila dapat tahu kau dah berhenti,
Tanpa khabarkan kepadaku terlebih dahulu.

Aku dapat tahu kau sudah berubah,
Tidak seperti dulu,
Seperti kau yang lain,
Bukan yang kami kenal dulu.

Allah...
Adakah aku yang salah kerana melepaskan permata yang kau kirimkan dulu?

Maaf kerana aku leka dan tidak sempat membimbingmu, sahabat.

Walaupun kita tidak bersua muka, persahabatan kita kekal hingga ke syurga InsyaAllah, bukankah hati kita telah lama menyatu dalam tali kisah persahabatan Ilahi?

Moga kau menjadi seperti Ainul Mardiah.

Moga sifat wanita solehah ada dalam dirimu.

Moga Allah sentiasa menjaga dan merahmatimu.

Fi Amanillah - Moga di bawah lindungan Allah :')





Monday, May 8, 2017

Bersangka baik itu lebih baik.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Bersangka baik kepada manusia akan membawa kepada kebaikan. Walaupun mungkin dia tidaklah sebaik yang kita sangkakan tetapi sangka baik itu akan memberi ketenangan.

Lebih-lebih lagi sangka baik kita kepada Allah, mesti memberi kebaikan kerana Allah pasti Maha Baik. Justeru, terima dan berdamailah dengan takdirNya.

Dan perlu diingat bahawa Allah memerintahkan kita bersangka baik bukan sahaja kepadaNya tetapi juga kepada hamba-hambaNya. 

Firman Allah : 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

''Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) kerana sesungguhnya sebahagian persangkaan dari persangkaan itu merupakan dosa.'' 





Semuanya akan  baik, 
jika kita sendiri yang memandangnya baik. 
Starts today,
TRAIN YOUR MIND TO SEE 
SOMETHING GOOD IN EVERYTHING :)


Tuesday, April 4, 2017

Final sem 1 :')

Sabtu, 26.11.2016

Tarikh yang takkan mungkin aku lupa,
Tarikh yang mengubah aku dari pekerja separuh masa
ke pelajar sepenuh masa,
Tarikh yang membawa aku berhijrah dari Selangor ke Tapah,
Tarikh yang memberi sejuta makna.

Isnin, 27.03.2017

Genap 4 bulan 1 hari aku di sini.
Alhamdulillah permulaan peperiksaan akhir sem satu yang baik,
Harap keputusannya juga baik baik saja :'))

Selasa, 04.04.2017

Alhamdulillah, gap antara paper memberikan aku masa,
untuk membuat revision dan latihan,
mengajar aku lebih menghargai masa.

Kita sebilik, kita sekelas, kita sealiran,
Tapi aku sendiri tidak mengerti,
'Kenapa perlu ada pertikaian tiap kali aku membuka buku rujukan?
Bukan kita sudah tidak punya banyak masa?
Atau kau suka membazir masa?'

Kadang aku lelah,
Kadang aku lemah,
Tapi aku tidak pernah kalah,
Kerna aku tahu,
Tanpa usaha dan ikhtiar,
Kejayaan takkan datang dengan mudah.

Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair.


May Allah ease everything. Amin..

:')