Friday, January 15, 2016

Damba CintaMu





  • Saat Putus Cinta Dengan Allah 


Putus cinta dengan manusia, kita menangis keperitan. Putus cinta dalam persahabatan kita terduduk menanggung kedukacitaan.

  Tetapi, putus cinta dengan ALLAH jarang membuatkan kita terduduk penuh kekecewaan. Sedangkan, hampir setiap hari hubungan kita dengan ALLAH terputus.

  Imam Malik ketika sedang mengajar murid-muridnya, tiba-tiba beliau terhenti dan menangis. Ditanya muridnya kenapa beliau berhenti dan menangis?

   Maka dijawabnya : ''Aku terputus sebentar hubungan aku dengan ALLAH. Sebab itu aku menangis.''

  Masya-Allah. Hebatnya Imam Malik. Beliau bukanlah calang-calang orang. Seorang imam mazhab dan pakar dalam hadis dan fiqh. Dalam keadaan sedang mengajar, beliau boleh terhenti hanya kerana merasai hubungannya dengan Allah terputus sebentar.

  Kita ini, bukan berjam-jam sahaja melupakan Allah, kadang berhari-hari. Tetapi, dalam keadaan begitupun air mata kita susah untuk mengalir, Alangkah keras dan gelapnya hati kita.

  Kita tetap solat. Tetapi terkadang solat kita tidak lebih sekadar gerakan fizikal sahaja. Hati kita tetap terbang mengingati dunia.

Kita sepatutnya rasa risau, 
bila hari-hari kita berlalu 
dengan senang tanpa ujian. 
Boleh jadi jiwa kita semakin lemah 
kerana kurangnya cabaran.
Boleh jadi hubungan kita dengan Allah 
juga akan semakin melemah
kerana terlalu senang hidup.
Boleh jadi juga ALLAH tidak 
mempedulikan kita lagi 
membiarkan kita terus tenggelam 
dalam kesenangan dan kelalaian hidup.
Hakikatnya, dalam keadaan senang begitu,
kita juga sedang teruji.

Buku : Pimpin Aku Ke Syurga
Penulis : Afdholul Rahman 



DAMBA CINTAMU
Artis : Raihan

Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku 
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali 
Kepada fitrah sebenar 
Pagi ku ingat petang ku alpa 
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini 
Yang mendamba cintaMu 
Aku lemah aku jahil 
Tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih 
Kau Penyayang 
Kau Pengampun 
Kepada hamba-hambaMu 
Selangkahku kepadaMu 
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Full Version : Damba CintaMu

''Sesiapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya.''
(Hadis Sahih Bukhari)


Jumaat 
15012016
0015 a.m