Sunday, December 27, 2015

Instagram

Hawa...

Sungguh,

Di alam realiti...
kau menundukkan pandanganmu,
kau membina benteng pergaulanmu, 
kau menjaga tutur katamu,
Sungguh aku kagum. 

Di alam maya...
kau seperti diri kau yang lain, 
begitu ghairah meng-upload gambar,
mengumpul pengikut, 
mengumpul suka,
dan mengumpul pujian, 
sepertinya itu yang kau kejarkan dalam hidup. 

Jujur, 
aku tidak suka pada hawa yang--
mengambil gambar berlatar belakangkan langsir,
memakai niqab tapi berkanta mata (supaya lebih cantik..mungkin?), 
menjaga aurat dengan sempurna tetapi membenarkan ajnabi melihat gambar mereka. 

Pemilik akaun itu anda, 
Kenapa masih memilih 'public' ketika ada pilihan 'private' ?



                            



Dan ini.. Srikandi Islam yang perlu kita contohi (jumpa di facebook) : 


Contohilah seperti Maryam 
Yang tidak pernah berjumpa dengan ajnabi.
Yang tidak pernah melayan soal hati.
Yang hanya mengabdikan diri untuk Sang Pencipta.


Contohilah seperti Asiah
Yang tidak tertipu dengan kemewahan istana Firaun.
Yang menolak dunia demi mahligai syurga di sisi-Nya.
Yang sanggup berjihad agama Allah SWT walaupun terpaksa berkorban nyawa. 


Contohilah seperti Fatimah
Yang sentiasa menyokong Ayahnya walaupun ditindas.
Yang tidak melihat ajnabi dan tidak dilihat.
Yang menjaga kehormatan dan maruahnya hingga ke akhir hayat. 


Contohilah seperti Siti Khadijah
Yang sentiasa ada untuk suaminya, 
Yang menjadi penyejuk mata dan asbab senyuman Nabi SAW.
Yang sanggup mendaki gunung yang tinggi hanya untuk memberi Baginda makan supaya tidak kelaparan.



''Believing in God's love, live on because of His love, nothing can beat that, I know you'd agree.''
- Hlovate, Rooftop Rant. 



p.s : aku tulis bukan untuk kamu, tapi untuk aku sendiri.. yang masih memperbaiki diri.


0235
Ahad, 
27.12.2015


Monday, March 16, 2015

Nama


You know my name 
Not my story.
You see my smile
Not my pain. 
You know my cuts 
Not my scars.
You can read my lips 
Not my mind.
- Unknown 



Bukan senang untuk kau menyusun tiap aksara menjadi sebuah ayat indah,
Bukan mudah untuk ilham hadir tiap kali kau memerlukannya, 
Bukan senang untuk mereka memahami bahawa tiap bait kata itu anugerah buat kau. 


Menulis. 
Serba serbi tahu. 
Tapi apakah tulisan itu mampu menggembirakan seseorang? 
Atau apakah tulisan itu mampu menyentuh perasaan si pembaca?
Atau apakah tulisan itu mampu menjadi dorongan buat mereka? 


Bersyukur jika kau punya teman yang pandai menulis, 
daripada teman yang hanya bermulut manis. 


Dan haritu, 
kau datang tiba-tiba, 
meminta aku memberi ayat indah, 
untuk kau tulis atas kertas, 
buat dia yang terindah. 


Tanpa kata penghargaan,
kau pergi dengan ayat-ayat cinta,
yang aku susun dalam sekejap masa. 


Pujian, Penghargaan, 
semua kau terima. 
Aku disini hanya memerhati, 
ada sedikit berkecil hati, 
kerna yang kau kejar hanya nama semata. 


Aku tak minta pujian manusia, 
kerna ucapan terima kasih cukup berharga. 


Jum, 13032015. 


Friday, January 23, 2015

Doa


''Aku tak pernah mengkhawatirkan apakah doaku akan dikabulkan, sebab setiap kali Allah mengilhamkan hamba-Nya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak memberi karunia. Yang aku khuwatirkan adalah jika aku tidak berdoa.'' 
- Umar Al Khattab

Salim A. Fillah, 
Lapis-Lapis Keberkahan.  


Doa. 
untuk kau mengadu segala pada Tuhan. 
luahkan apa yang kau rasa pada Dia,
usah dipendam dalam hati,
takut nanti melarat bawa ke mati.

Kau tahu saat paling indah bila kau berdoa sambil menangis? 

Menangis. 
bukan erti kau lemah, 
cuma kau dah terlalu tabah untuk hadapi semua. 

Yang memisahkan kita antara hidup dan mati hanyalah satu garisan. Dan perantaranya adalah Doa :) 


Bahwa berdoa bukanlah memberitahu Allah apa hajat-hajat kita, sebab Dia Maha Tahu. Berdoa adalah berbincang mesra dengan Rabb yang Maha Kuasa, agar Dia ridhai semua yang dilimpahkan. Dia ambil, ataupun Dia simpan untuk Kita. 
Salim A. Fillah,
Lapis-Lapis Keberkahan. 




Saturday, January 17, 2015

2015





Untuk mengejar cita-cita bukanlah sesuatu yang mudah,
Untuk menuntut ilmu mestilah tanpa lelah,
Untuk menentukan masa depan perlulah bijak melangkah.

Paling penting ; sentiasa dekatkan diri kepada Allah.

Ingat Dia yang beri kita rezeki semua.

Tahun baru, azam baru, semangat baru dan kejayaan baru (insyaAllah) :)





'Dear people,
2015; I will try my best,
Make all of you proud of me.
Allahumma yasir. Amin'

Keep calm and trust me.

2358
17012015