Monday, March 16, 2015

Nama


You know my name 
Not my story.
You see my smile
Not my pain. 
You know my cuts 
Not my scars.
You can read my lips 
Not my mind.
- Unknown 



Bukan senang untuk kau menyusun tiap aksara menjadi sebuah ayat indah,
Bukan mudah untuk ilham hadir tiap kali kau memerlukannya, 
Bukan senang untuk mereka memahami bahawa tiap bait kata itu anugerah buat kau. 


Menulis. 
Serba serbi tahu. 
Tapi apakah tulisan itu mampu menggembirakan seseorang? 
Atau apakah tulisan itu mampu menyentuh perasaan si pembaca?
Atau apakah tulisan itu mampu menjadi dorongan buat mereka? 


Bersyukur jika kau punya teman yang pandai menulis, 
daripada teman yang hanya bermulut manis. 


Dan haritu, 
kau datang tiba-tiba, 
meminta aku memberi ayat indah, 
untuk kau tulis atas kertas, 
buat dia yang terindah. 


Tanpa kata penghargaan,
kau pergi dengan ayat-ayat cinta,
yang aku susun dalam sekejap masa. 


Pujian, Penghargaan, 
semua kau terima. 
Aku disini hanya memerhati, 
ada sedikit berkecil hati, 
kerna yang kau kejar hanya nama semata. 


Aku tak minta pujian manusia, 
kerna ucapan terima kasih cukup berharga. 


Jum, 13032015.