Tuesday, August 22, 2017

Harapan.

Mudahkan kita beri harapan pada orang kemudian kita hancurkan?

Dulu,
Kau kata mahu beri aku pinjam sementara aku masih belajar,
Jadi aku tidak asingkan perbelanjaan untuk beli yang baru.

Sekarang,
Semester baru dah nak mula,
Kau teragak agak mahu beri.

Mula mula kau kata mahu pinjamkan pada orang lain,
Tadi kau kata aku buka sem nanti tengok dulu macam mana.

Sedangkan masa cuti ini,
Aku tidak berpeluang untuk guna,
Bagaimana kau mahu lepaskannya kepada aku?

Persoalannya lagi,
Bila aku akan pulang semata mata untuk hal itu?

Pelajar. Laptop.

Ibarat keperluan dalam hidup.

Satu sem tanpa laptop amat payah untuk aku membuat tugasan kerana pensyarah lebih gemar memberi kuiz dan tugasan online.

Pernah dulu aku hanya jawab melalui telefon,
Kerana library buka sehingga 6 petang sedangkan kuiz pada 8 malam,
Itupun terpaksa duduk di kaki lima ground floor untuk cari line,
Senior yang lalu hanya memandang sinis,
Fikir mereka aku hanya menunjuk.

Hari lain aku pinjam kawan,
Itupun ada yang muak.
Kadang esaimen berkumpulan,
Aku orang terakhir tulis bahagian aku,
Aku orang terakhir tidur lewat malam,
Sebab tunggu giliran yang lama,
Sedangkan esoknya kelas 8 pagi.

Tadi juga kau buka pasal iron,
Aku fikir sudah settle,
Mula mula kau beri aku bawa,
Tapi tadi kau kata itu hak orang lain,
Minta dulu keizinan pada dia,
Baru kau akan beri.

Sudah la,
Tiada apa lagi yang aku harapkan.

"Kalau padi kata padi,
Tidak aku tertampi tampi,
Kalau benci kata benci,
Tidak aku nanti terus menanti."

Pada siapa aku mengadu,
Aku sendiri tidak pasti.

Cukuplah dengan menulis untuk meringankan resah di hati.

Sungguh,
Pengharapan itu hanya pada Dia.

P/s : Moga esok hujan duit jadi aku punya wang untuk beli semua!

Selasa, 22072017.
11.11 p.m.




No comments:

Post a Comment