Tuesday, August 7, 2018

Saat aku diuji.


Masih segar diingatanku saat kau mengujiku dulu.
Aku tidak mahu berjumpa sesiapa kerana tidak punya jawapan untuk setiap soalan,
Aku tidak mahu hadir ke majlis saudara kerana malu untuk bersemuka,
Aku tidak tahu apa lagi jalan untuk aku lakukan kerana aku telah cuba banyak perkara.

Akhirnya kau berikan aku peluang dan aku berjanji tidak mahu mengulang.

Tapi....
Sepertinya aku hanya mampu merancang dan
Sesungguhnya KAU yang menentukan.

Perkara begitu berulang lagi cuma situasinya berbeza,
Malah...
Lebih teruk dari sebelumnya.

Bagaimana aku bisa melelapkan mata andai esok mampu mengubah segala?
Bagaimana aku mahu terangkan pada semua kerana mereka telah berjaya melaluinya?
Bagaimana aku mungkin mengubah andai takdir itu telah tertulis?

Aku tidak mampu lagi untuk berjumpa orang.
Aku tidak mampu lagi tidur lena di malam hari.
Aku tidak mampu lagi menzahirkan perasaan yang aku rasa ini.

Cukup ya Allah, cukup KAU sahaja yang memahami. Teruslah pimpin aku dalam mendamba cintaMu.

Maafkan aku semua.

Selasa, 1.40 pm.
07082018.


Tuesday, July 17, 2018

Tawakkal



Sedih? Gembira? Risau?  Tenang? Murung? Bahagia? Menangis? Ketawa?

Aku sendiri tidak pasti yang mana sering aku rasa.
Cuma, makin meningkat dewasa, pilihan pertama setiap persoalan itu menjadi teman hari hariku,
setiap detik dan ketika.
Seolah - olah aku kehilangan aku yang dulu.
Macam mana ya, diri?

Aku fikir jalani kehidupan sebagai seorang pelajar itu mudah,
Fokus belajar dan banggakan orang tersayang,
Tapi kenapa yang aku rasa aku kian tersungkur?

Aku berjanji pada diri untuk buat yang terbaik,
Tapi kenapa hanya kegagalan yang aku terima? Tidak cukupkah usaha aku?
Aku berjanji untuk banggakan orang sekeliling,
Tapi kenapa harapan mereka yang aku hancurkan? Kenapa perlu berkali-kali? Tidak sayangkah aku pada kalian?
Aku berjanji untuk mengikut jejak kalian, grad on time dengan jayanya,
Tapi kenapa aku seperti hilang jejak? Atau aku sudah tersesat jauh?

Berkali kali aku ingatkan diri,
"Allah tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuan hambaNya."

Tapi kenapa aku tetap bersedih atas perlian, kata sinis dan bahasa tubuh yang mereka berikan?

Atau aku sudah penat? Dan perlu berehat?

Perjalanku yang ini,
Terasa panjang seperti tiada penghujung.
Aku takut andai satu hari nanti aku bertindak mengikut perasaan dan bukan mengikut akal.
Andai itu yang terjadi, maafkan aku ya?

Aneh ya.
Aku yang selalunya tidak sabar menanti hari esok,
Selalu resah di waktu malam hingga melelapkan mata aku rasa bersalah,
Apakah yang aku buat hari ni sia sia atau bermanfaat untuk diri?

Entah.
Macam mana lagi yang aku perlu coretkan untuk memahami diri.

Cuma satu yang aku pinta,
"Andai jalan ini yang terbaik buatku, maka permudahkanlah dan bukakanlah seluas luas jalan bagiku."

May Allah ease everything.
Tuesday, 17072018.
0106 a.m.
Home sweet home.




Monday, January 22, 2018

''Do not let their words sadden you'' - (Quran 10:65 - Surah Yusuf)




''Kau nak jadi apa eh? Aku tengok kau macam takde masa depan.'' - I

Aku terdiam. Terkedu.

Board pada meja study aku tenung lama. Sekeping gambar.

'Don't worry and keep calm, I'm a dentist.' tuturku satu persatu. Dalam hati.

''Tak tahu lagi, tengok result.'' jawabku bercampur baur.

Kau kata kau berkawan tanpa tengok pointer,
Tapi hebat meramal masa depan yang aku sendiri tak pasti.
Kenapa perlu persoal, andai itu masih dalam perancangan Dia?

*****

''Kau malu tak kalau kena repeat?'' 
''Tak malu... Malu la sikit. Tapi dari quit lebih baik repeat.''
''Maknanya kalau kau repeat kita tak grad sekali la?''
''Kenapa aku?''
''Maksud aku orang lain. Repeaters.'' 

- Z

''Tak.. sebab sini takde short sem.''  

Pahit terpaksaku telan.

Bukankah kawan yang baik mendoakan yang baik baik untuk kawannya?

*****

''Aku kalau repeat aku nak dismiss.'' 
''Tak payah la weh. Dari quit baik repeat. Belajar biar sampai habis.''
''Kalau kena repeat, kita repeat sama-sama eh.'' 

- N 

Sekali lagi aku terdiam.

Niat aku untuk bagi kata positif,
supaya dia (dan aku) menggunakan peluang yang ada sebaiknya,
tapi dia mendoakan yang sebaliknya untuk aku.

Atau...

Kau cuma mahu pergunakan aku?

*****

Waktu lunch terakhir sem ni, kami makan sekali.

''Nanti next sem kita pergi Lost world eh.''  - N 
''Weekend kita keluar la, jumpa.'' - Z
''Tapi aku takut kau (tuju ke aku) makin jauh. Mesti kau (sekali lagi ke aku) tak dapat join kan...'' - I 
''Diakan nanti busy.'' - Z
''Haa, busy. Mestilah weekend nak rehat.'' - I 
''Korang roger je la, kalau free insyaAllah boleh je join.'' - Aku

Bukankah saat terakhir patut dinikmati dengan momen yang indah? :')

*****

Lidah itu lebih tajam dari pedang.
Kata-kata itu lebih pahit untuk ditelan.
Kita mungkin lupa,
Tapi penerimanya mungkin ingat sampai ke tua.

Ingatlah,

Doa orang teraniaya itu makbul.
Doa orang teraniaya itu makbul.
Doa orang teraniaya itu makbul.

Terima kasih atas pengajaran untuk 2 sem ni.

I'm looking for positive people next sem,
Hope I meet/have one :')

Sahabat sahabatku (know-who-you-are) & keluargaku,
Jazakumullah khairan kathira,
sebab sentiasa baik baik saja,
sentiasa ada untuk aku.
sentiasa doakan yang baik baik,
dan...
sentiasa positifkan aku.

You guys are awesome!!!

Not going to compare but... I already did. Hahaha..

End of semester 2.

May Allah ease everything.
Isnin, 12.55 a.m.
22012018.