Wednesday, June 21, 2017

Ramadhan terakhir ❤️



Ahad. 18 Jun 2017. 7 a.m.

MR, PWTC. 

Apps instagram aku buka. Boomerang bersama M and Z semalam aku tengok berkali kali sebelum muat naik. Alhamdulillah setelah rancang untuk kerja bersama, semalam kami ditakdirkan untuk bekerja sama shift. 

Pandangan aku halakan ke depan seketika. Sudah sampai simpang hotel, jari laju menaip caption. Ayat terakhir, "babai sis rehat dulu." Saja mahu khabarkan kepada M dan Z shift aku sudah habis dan mahu berehat seketika sebelum sambung kerja pada malamnya. 

Button post aku tekan. 

Bummm! 

Satu hentakan kuat buat aku terdorong ke depan. Sakit yang mencengkam di bahagian dada aku tahan.  

Asap kelabu keluar dari bonet kereta. 

"J!!! KELUAR!!!!" 

J berlari keluar dari kereta setelah berjaya menyelamatkan diri dari tersepit antara seat dan stereng. Seatbelt sudah aku buka tapi pintu di sebelahku terkunci. Kasut di kaki aku buka dan berlari keluar menggunakan pintu di bahagian J. 

Sebuah motor berkuasa tinggi yang dinaiki sepasang suami isteri berhenti untuk memberi bantuan. Aku dan J berlari ke arah si isteri dan kami berpelukan. Ketika itu yang terluah dari mulutku hanya kalimah "Allah, Allah, Allah." 

"Enjin kereta dah matikan belum?" kata si suami. 

"Belum." jawab J. 

Enjin kereta dimatikan. Barang berharga dibawa keluar. Kereta dialihkan ke tepi. Terima kasih suami, isteri dan yang menghulurkan bantuan. Moga mendapat ganjaran. 

Setelah semuanya reda, tinggal aku dan J berdua. Sakit di dadaku makin sakit. Ketika itu yang terlintas difikiranku hanya satu, 

"Sudah tibakah masanya? Untuk aku kembali menghadap Allah?" 

"Apakah maksud rehat tadi rehat selama-lamanya bukan rehat sebentar?" 

"Bagaimana dengan solatku? Soalan pertama yang akan disoal tapi belum disempurnakan olehku. Apa yang perlu aku jawab?" 


"Mampukah keluarga aku menerima sekujur tubuh yang kaku?" 


Ummi is calling. 

Telefon di tangan aku angkat. 

"Awak macam mana? Okay ke? Dekat mana? Sakit ke?" 

"Ok..ay..um..mi..ja..n..gan..ca..kap..ba....nyak...sa..k..i...t."

Air mata yang aku biar mengalir. Tangan aku letak di dada bagi kurang sakit. 

"Okay. Jangan lupa sambil pegang sambil selawat." 

Telefon aku letak. Mulut tak berhenti syahadah. Family sudah aku bagitau, mereka dalam perjalanan. 

K datang dan kami ke klinik berdekatan. Doktor periksa aku. Bahagian dada, bahagian belakang diperiksa menggunakan stethoscope. Nadi di tangan aku di pegang sebentar, mata doktor ke arah K yang duduk bertentangan. Diam seketika. 

"Saya tak berani nak buat apa apa. Tolong pergi hospital sekarang." 

Aku dah mula risau. 

Lima minit kemudian, family datang dan kami ke hospital. 

Ujian jantung. 
X-ray. 
Injection ubat tahan sakit yang padu. 
Pemeriksaan doktor. 

Alhamdulillah after injection aku boleh bercakap cuma dada sakit sikit. Keputusan x-ray keluar rabu. Aku dibenarkan pulang, J di tahan untuk pemeriksaan lanjut. Esok petang J telah discharged. 

23 Ramadhan.



Rabu. 21 Jun 2017. 11.30 a.m.

Dari pukul 9.50 pagi aku di sini, 11.30 pagi baru giliran aku dipanggil.

Aku terkejut. 

Ini bukan doktor yang rawat aku haritu tapi aku cuma senyum. 

Jantung aku depan dan belakang diperiksa menggunakan stethoscope.

Keputusan x ray tak ditunjuk. 

"X-ray dada, takde patah kan?" 

"Takde." 

"Dada sakit lagi? Sesak nafas?" 

"Kadang kadang." 

"Ubat tahan sakit nak?" 

"Ha?" 

"Ubat tahan sakit?" 

"Tak nak. Ada lagi." 

"Cuti nak?" (MC) 

"Tak nak." 

"Semua okay ke doktor?" 

"Okay and selamat hari raya." 

Aku tergelak. 2 jam tunggu dan pemeriksaannya hanya ini sahaja. 

Alhamdulillah kerana permudahkan semuanya..

Walaupun sekarang ni ada masa aku rasa susah nak bernafas dan dada aku sakit, aku cuba untuk positifkan diri. 

Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat diri. 

Andai aku pergi, biarlah aku pergi dalam husnul khotimah. Amin 🌸 Maaf zahir batin. 

10.30 p.m
27 Ramadhan.