Thursday, June 26, 2014

Don't Be Sad : Allah Knows

 
Special for my dear brothers and sister, ikhwah wa akhawat, abang dan kakak :


                       


''And don't get stressed out
Over the things that's already happened.''

''If you're looking to be happy,
In the 'Dunya' (world),
You're in the wrong place.''


'This placed is designed to break your heart.' 


Speechless and... crying :'(


Wednesday, June 25, 2014

Redha



'Kenapa kau senang sangat nak putus asa ni?'

'Putus asa? Kau tak tahu macam mana rasanya duduk dekat tempat aku. Kau takkan faham. Macam mana kau nak faham sekalipun kau takkan faham.'

'Yelah aku.. aku minta maaf. Aku tahu yang aku tak faham.. tapi kita kena yakin dengan Allah, ajal maut, jodoh pertemuan, semua DIA yang tentukan.. yang kau nak pegang kata-kata doktor tu bulat-bulat tu kenapa?'

'Dah. Kau tak payah nak sedapkan hati aku. Ok? Aku dah buat research dah. Tak ada pesakit kanser yang boleh hidup sampai ke tua la. Takde!'

'Ok. Tapi kau lupa buat lagi satu research.'

'Apa dia?'

'Tak semestinya orang yang sihat boleh hidup sampai tua juga.'

:: Drama walau sedetik cuma - Selasa, 24062014 ::

SubhanAllah. *kesatairmata*
 
***



Dalam hidup ini,
kita diberi peluang dan pilihan,
tapi ada satu ketika,
tiada jawapan yang diketemukan,
sampai akhirnya,
kita perlu REDHA!


1817
25062014.



Don't lose hope.
 

Monday, June 23, 2014

Aurat dan Mahram .




'Awatnya hang bertudung dalam rumah?'

Senyum.

'Tak panas kah?'

Senyum lagi.

'Aku tanya.. hang senyum. Tak faham la aku.'

Senyum lagi dan lagi.

'Sebab ada lelaki ajnabi yang wajib untuk aku menutup aurat di hadapannya,' jawabnya lembut.

Panas di dunia hanya sementara.

*****

Ramai yang anggap asal keluar rumah je aurat kena jaga, asal jaga aurat je dekat luar rumah. Tapi ramai juga yang pandang remeh berkaitan aurat antara bukan mahram.

Mahram itu mereka yang haram untuk kita kahwin.

Ada tiga jenis :
- mahram keluarga : mak ayah adik abang kakak 
- mahram perkahwinan (sementara) : abang ipar, kakak ipar,  adik ipar
- mahram susuan : ibu susuan, suami ibu susuan, anak-anak ibu susuan 

Wajib tutup aurat di hadapan mahram disebabkan perkahwinan.

Mahram perkahwinan ni hukumnya sementara. Contoh:

Ana ada seorang abang ipar yang telah berkahwin dengan kakaknya. Ketika ini, haram untuk dia berkahwin dengan abang iparnya itu. Selepas 2 tahun, kakaknya telah diceraikan. Maka, abang ipar itu bukan lagi mahram Ana, dan boleh untuk Ana berkahwin dengan lelaki itu. 


 Untuk lebih jelas boleh rujuk gambar bawah ni :)
 


Wahai akhawat sekalian, 
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu, 
Lindungilah mahkotamu, 
Kelak kau yang akan beruntung. 

Menutup aurat bukan di luar rumah dan bukan juga di dalam rumah. Jadi di mana? Pabila kau berhadapan dengan mereka yang bukan mahram.  Maknanya dekat mana pun kita berada di hadapan mereka yang bukan mahram maka wajib kita menutup aurat.

Kita tengok contoh terdekat kita ; sepupu

Biasanya bila balik kampung berkumpul ramai-ramai confirm ada sepupu kan? Untuk pengetahuan semua sepupu ialah bukan mahram kita baik belah ibu dan ayah. Maka bagi akhawat sekalian, wajib untuk kamu menutup dan menjaga aurat ketika berhadapan dengan mereka.  

Tapi 

Mungkin disebabkan dah dibiasakan sejak kecil tidak perlu bertudung ketika berhadapan sepupu dan sudah terbiasa sehingga besar maka setiap kali balik kampung tak perlu bertudung, berbaju lengan pendek dan memakai pakaian yang ketat.

Sayang sekali terdapat kes seperti; diluar seorang ukhti, dia memakai tudung labuh, berniqab lagi tapi tidak menutup aurat ketika berhadapan mereka yang bukan mahram di rumah. 

Alasan?

Kerana berada di dalam rumah dan bukan di luar rumah. 

Ingatlah; 

SEHELAI RAMBUT WANITA yang dilihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja, 
maka akan dimasukkan selama 70 000 tahun di neraka.
 (1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia)

Dan seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka akan menarik : 
- Ayah kandung
- Adik beradik lelaki
- Suami
- Anak lelaki kandung

Sayangilah mereka, jagalah auratmu wahai akhawat!