Monday, May 22, 2017

Fi Amanillah

Bismillahirrahmanirrahim.



Permulaan kita bukanlah indah,
Ada diselit sengketa,
'Sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya',
Kenyataan yang membawa makna,
Kerana semakin hari kita semakin rapat ibarat tidak pernah ada jurang antara kita.

Masih ingat lagi ketika kita jaga butik berdua,
Banyak masa yang diluang bersama,
Kadang bercerita zaman sekolah,
Kadang bercakap perihal customer,
Kadang berbual mengisi masa,
Sangat indah mengenangkan momen momen kita berdua.

Pernah satu ketika,
Kau teragak- agak untuk bertanya soalan kepada aku,
Tapi aku terus mendesak,
Dan soalannya,
"Kalau orang tu warna rambut tapi dia tetap solat, dia dapat pahala ke?"
Aku terdiam dan menjawab,
"Selagi seseorang beragama Islam, dia wajib menunaikan solat. Tentang pahala biarlah Allah yang tentukan."

Secara jujur,
Aku bukanlah seorang yang penuh ilmu di dada,
Lebih lagi berkaitan agama,
Tapi aku akan cuba jawab sedaya yang mampu,
Untuk kebaikan kau dan aku.

Beberapa hari kemudian,
Kau bertanya tentang aurat dan mahram,
Aku jelaskan satu persatu,
Agar mudah kau faham.

Ada hari aku baca al waqiah,
Surah pembuka rezeki,
Kau datang dekat,
Duduk diam di sebelahku,
Selesai baca kau cakap,
"aku suka dengar orang mengaji sebab aku tak reti mengaji."
Walaupun aku tahu suara aku tidaklah sesedap mana tapi cukup untuk aku terharu dan berjanji pada diri untuk membantu kau satu hari nanti :')

Perubahan demi perubahan aku nampak dalam diri kau,
Ada sedikit rasa kagum,
Mungkin ada sebab Allah takdirkan kita bertemu.

Hari terakhir aku di situ telah tiba,
Sempat kita bermaafan dan berpelukan tanda perpisahan,
Moga pertemuan ini bukan terakhir kalinya.

Walaupun kita jauh beribu batu,
Kau tetap hubungi aku,
Kerap bertanya soalan yang sama,
"Macam mana study? Best tak dekat sana? Best tak belajar? Bila nak datang sini?"
Dan jawapan aku mestilah semuanya baik baik saja, ada jodoh kita jumpa.

Ketika study week aku datang berjumpa kau,
Tapi customer yang ramai menyukarkan kita untuk berbual panjang,
Aku terpaksa mengundur diri,
Sempat kau pesan "lain kali datang lagi".

Aku terkejut bila dapat tahu kau dah berhenti,
Tanpa khabarkan kepadaku terlebih dahulu.

Aku dapat tahu kau sudah berubah,
Tidak seperti dulu,
Seperti kau yang lain,
Bukan yang kami kenal dulu.

Allah...
Adakah aku yang salah kerana melepaskan permata yang kau kirimkan dulu?

Maaf kerana aku leka dan tidak sempat membimbingmu, sahabat.

Walaupun kita tidak bersua muka, persahabatan kita kekal hingga ke syurga InsyaAllah, bukankah hati kita telah lama menyatu dalam tali kisah persahabatan Ilahi?

Moga kau menjadi seperti Ainul Mardiah.

Moga sifat wanita solehah ada dalam dirimu.

Moga Allah sentiasa menjaga dan merahmatimu.

Fi Amanillah - Moga di bawah lindungan Allah :')





No comments:

Post a Comment