Sunday, May 3, 2020

Takdir atau kebetulan?

Pertemuan pertama itu kebetulan,
Pertemuan kedua itu suratan,
Adakah pertemuan ketiga nanti bakal menjadi sebuah takdir,
atau sekadar kebetulan yang tidak dijangka?

Jumaat, 4 April 2020. 

Sem 2, Degree. - Restricted Movement Order (RMO)

Hari ke-17 kuarantin di sini,
tapi hari pertama kita bertemu ; pertemuan di depan pintu,
Bukanlah sesuatu yang indah,
tapi pertemuan pertama kan permulaan segala cerita ;)

Ahad, 26 April 2020. 

Hari ke-39.
Tak pernah terlintas untuk sertai pertandingan hafazan,
Sekadar menimba pengalaman,
Tanpa aku sangka kau juga berada di situ.

Malam yang singkat terasa panjang,
Malam tu pertama kali kita bertegur sapa,
Macam dalam mimpi akhirnya kita berkomunikasi.

Senarai nama disemak,
Kau tanya nama aku tapi nama orang lain kau sebut,
Kemudian kau semak dengan teliti,
Dan aku tanya,"kenapa takde ke?"
Kau jawab, "ada. sorry pekak sikit."
Dan kita berbalas senyum.

Kemudian tiba giliran orang sebelahku,
Kau panggil nama aku dan kalini tak tersilap,
Kau minta untuk aku tunggu giliran berhampiran bilik seminar.

Aku menunggu sambil menghafal.
Tiba-tiba kau panggil nama aku dua kali,
sudah tiba giliran.
Gugup tak perlu cakap sebab juri pun lelaki.

Masa tasmik bacaan,
Segala ayat yang aku hafal terabur dalam fikiran,
Manakan tidak,
Kau turut ada sekali pendengarkan bacaan,
Dan aku ter-nampak kau merakam atau sekadar tanggapan?

Selesai tasmik,
Pintu keluar aku tuju.
Ketika pakai kasut kau betul-betul di hadapan,
Kau ucap, "terima kasih."
Aku yang tengah kelam kabut pakai kasut mampu balas,"jap eh."
Kau balas semula, "alright."

Muka langsung aku malu nak angkat,
sebab terlalu dekat dan...
Oh Tuhan kasut taknak bagi kerjasamaaa!

Dan aku terus pergi...


Aku tidaklah mengharapkan apa-apa,
boleh jadi kau sudah berpunya,
cuma hingga ke hari ni,
aku tetap kagum dengan kebolehan kau memimpin,
di usia muda.
YOU DID GREAT BRO!


p/s : Dah lamaaaa tak jengah blog. Selalu cite sedih - sedih tak salahkan kali ni cite happy. Tersenyum tak baca tu :P


Hari ke-46.
10 Ramadhan.
Ahad, 8.28 am.
03052020.



Tuesday, August 7, 2018

Saat aku diuji.


Masih segar diingatanku saat kau mengujiku dulu.
Aku tidak mahu berjumpa sesiapa kerana tidak punya jawapan untuk setiap soalan,
Aku tidak mahu hadir ke majlis saudara kerana malu untuk bersemuka,
Aku tidak tahu apa lagi jalan untuk aku lakukan kerana aku telah cuba banyak perkara.

Akhirnya kau berikan aku peluang dan aku berjanji tidak mahu mengulang.

Tapi....
Sepertinya aku hanya mampu merancang dan
Sesungguhnya KAU yang menentukan.

Perkara begitu berulang lagi cuma situasinya berbeza,
Malah...
Lebih teruk dari sebelumnya.

Bagaimana aku bisa melelapkan mata andai esok mampu mengubah segala?
Bagaimana aku mahu terangkan pada semua kerana mereka telah berjaya melaluinya?
Bagaimana aku mungkin mengubah andai takdir itu telah tertulis?

Aku tidak mampu lagi untuk berjumpa orang.
Aku tidak mampu lagi tidur lena di malam hari.
Aku tidak mampu lagi menzahirkan perasaan yang aku rasa ini.

Cukup ya Allah, cukup KAU sahaja yang memahami. Teruslah pimpin aku dalam mendamba cintaMu.

Maafkan aku semua.

Selasa, 1.40 pm.
07082018.


Tuesday, July 17, 2018

Tawakkal



Sedih? Gembira? Risau?  Tenang? Murung? Bahagia? Menangis? Ketawa?

Aku sendiri tidak pasti yang mana sering aku rasa.
Cuma, makin meningkat dewasa, pilihan pertama setiap persoalan itu menjadi teman hari hariku,
setiap detik dan ketika.
Seolah - olah aku kehilangan aku yang dulu.
Macam mana ya, diri?

Aku fikir jalani kehidupan sebagai seorang pelajar itu mudah,
Fokus belajar dan banggakan orang tersayang,
Tapi kenapa yang aku rasa aku kian tersungkur?

Aku berjanji pada diri untuk buat yang terbaik,
Tapi kenapa hanya kegagalan yang aku terima? Tidak cukupkah usaha aku?
Aku berjanji untuk banggakan orang sekeliling,
Tapi kenapa harapan mereka yang aku hancurkan? Kenapa perlu berkali-kali? Tidak sayangkah aku pada kalian?
Aku berjanji untuk mengikut jejak kalian, grad on time dengan jayanya,
Tapi kenapa aku seperti hilang jejak? Atau aku sudah tersesat jauh?

Berkali kali aku ingatkan diri,
"Allah tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuan hambaNya."

Tapi kenapa aku tetap bersedih atas perlian, kata sinis dan bahasa tubuh yang mereka berikan?

Atau aku sudah penat? Dan perlu berehat?

Perjalanku yang ini,
Terasa panjang seperti tiada penghujung.
Aku takut andai satu hari nanti aku bertindak mengikut perasaan dan bukan mengikut akal.
Andai itu yang terjadi, maafkan aku ya?

Aneh ya.
Aku yang selalunya tidak sabar menanti hari esok,
Selalu resah di waktu malam hingga melelapkan mata aku rasa bersalah,
Apakah yang aku buat hari ni sia sia atau bermanfaat untuk diri?

Entah.
Macam mana lagi yang aku perlu coretkan untuk memahami diri.

Cuma satu yang aku pinta,
"Andai jalan ini yang terbaik buatku, maka permudahkanlah dan bukakanlah seluas luas jalan bagiku."

May Allah ease everything.
Tuesday, 17072018.
0106 a.m.
Home sweet home.