Friday, October 14, 2016

Semoga Allah memberkatimu, sahabat.

 Assalamualaikum.



 

Sahabat,
18 tahun Allah pinjamkan kau di dunia.

Tanpa kami sangka,
tanpa kami duga,
tanpa kami sedia,
Pada pagi Rabu bersamaan 12 Oktober 2016,
Allah telah jemput kau kembali,
Kembali menghadap Dia.

Sahabat,
Perginya kau ketika dalam perjalanan ingin menuntut ilmu,
Pemergianmu memberi kesan mendalam buat masyarakat,
Beruntungnya kau sahabat, ramai yang mendoakan kesejahteraan buatmu di sana,
Moga syahid buatmu, sahabat.  

Sahabat,
Sepanjang perkenalan kita,
Kau baik baik saja.
Kata-katamu mampu membuat orang tersenyum,
Kadang kau sering dimarahi guru,
Tapi kau tetap tenang menerima teguran.

Sahabat,
Masih aku ingat,
Kau upload gambar di Instagram,
''Nak belajar rajin rajin, tak mahu bazirkan duit mak ayah''
Sungguh aku kagum,
Ketika itu harapan aku cuma satu,
Moga kau jadi Pakar IT yang berjaya suatu hari nanti...

Sahabat,
Walau jasadmu tiada lagi disini,
Tapi kau tetap hidup dalam hati kami.



Terima kasih atas kebaikanmu sahabat,
Terima kasih menjadi kenangan terindah ketika zaman sekolah,
Terima kasih kerana pernah menceriakan hari kami dulu..

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu

Moga syurga buatmu dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Amin :) 










Jumaat,
9.30 p.m.


Friday, March 4, 2016

Stressed out!


''Kita dah cuba yang terbaik. Terimalah apapun keputusan kita.''

Terdiam. 

Seperti sudah menjangka keputusan aku sebelum aku melihat sendiri, 
Dia memandang aku rendah,
Rendah dari semua yang ada pada hari itu. 

Aku sedar, aku bukan salah seorang dari mereka,
Kedatangan aku tidak pernah diundang olehnya,
Setiap katanya kedengaran sinis di halwa telingaku.  

Terima kasih untuk dulu dan hari ini. 
Mungkin aku tidaklah sehebat mereka, 
Tetapi tidaklah selemah yang kau sangka. 

Maaf,
kerna sering menjadi penganggu antara kalian. 

Khamis. 03032016
10.30 am. 

Sunday, February 7, 2016

Allah kuatkan aku.

Ada hari kita tersenyum ceria,
Ada hari kita menangis berduka,
Ada hari kita bangkit mengorak langkah,
Ada hari kita jatuh tersungkur...tidak mampu bangkit semula.

Tak semua yang kau mahu kau dapat,
Kadang Allah bagi apa yang kita perlu,
bukan apa yang kita mahu.

Tuhan,
PerancanganMu adalah yang terbaik,
Jadikanlah aku orang yang ikhlas,
Dan redha dengan ketentuanMu.

Amin..